Updated: Thu, 27 Feb 2014 08:37:30 GMT | By The Malaysian Insider : Bahasa

Tiada keretakan di klia2, kata DCA

Tidak ada kesan retak tetapi hanya kesan tekanan tanah di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Beliau mempersoalkan kesahihan gambar yang dipaparkan semalam oleh sebuah portal atas talian yang...


Malaysia Insider

Tidak ada kesan retak tetapi hanya kesan tekanan tanah di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau mempersoalkan kesahihan gambar yang dipaparkan semalam oleh sebuahportal atas talian yang menunjukkan keretakan pada landasan pesawat.

Malaysia Insider

"Ia bukan gambar terbaru dan secara keseluruhan, klia2 selamat," katanyapada sidang akhbar hari ini.

"Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dan mereka akan membetulkan apa yang perlu sebelum lapangan terbang itu beroperasi," katanya.

Bagi apron yang terdiri daripada 68 pintu, beliau berkata MAHB dan kontraktornya sedang membuat projek pelapisan untuk membaiki kawasan tekanan tanah tidak rata di situ yang menimbulkan kesan retak.

"Bagaimanapun, retak ini hanya pada pemukaan, ia tidak ada kaitan dengan struktur bangunan dan tidak menimbulkan isu keselamatan," katanya, sambil menambah bahawa pelapisan akan dibuat secara berperingkat.

Beliau juga berkata kerja pembetulan itu dijangka siap kira-kira sebulan sebelum pembukaan klia2, yang dijadualkan pada 2 Mei.

"Semasa pemeriksaan baru-baru ini, satu simulasi latihan dijalankan untuk menguji kekuatan apron pesawat dan tempat parkirnya menahan beban yang berat dan hasilnya, ia memenuhi spesifikasi, malah mampu menampung beban pesawat yang lebih besar," katanya.

Kata Azharuddin, DCA akan terus bekerjasama dengan MAHB memandangkan landasan itu terus diperiksa.

"Untuk landasan pesawat pula, kami sudah periksa semalam dan tidak ada sebarang keretakan atau kecacatan yang besar dan kami berpuas hati," katanya.

Azharuddin juga berkata pemeriksaan akhir akan dijalankan pada 5 Mac dan penentukuran sistem peralatan pendaratan dan semua bantuan navigasi akan dilaksanakan dari 3 hingga 7 Mac. – Bernama, 27 Februari, 2014.

0Comments